Khamis, 17 September 2015

Ramadhan Travelog Episode 1

Pada bulan Jun 2015, aku dan seorang member (Faiz Abassy) dah melancarkan satu kempen pusing-pusing satu Semenanjung Malaysia untuk makan angin dan melepaskan stress belajar yang dah lama kupendam sepanjang 6 bulan belajar kat UiTM tahun ni. Maklumlah, final year ACCA memang pening kepala sikit, lagi-lagi pulak ambik 3 paper ditambah pula dengan kerja part time jadi tutor SPM. Memang berganda-ganda runsingnya.

Habis je exam, kami dah mula hype untuk memulakan perjalanan. Segala regret tentang exam yang macam seakan-akan tak ada harapan untuk pass, kami buang ketepi. Benda dah lepas nak buat macam mana, nasi suah menjadi bubur.

Kembara ni memang dah lama kami plan, dan pada asalnya, kami plan untuk be on the road for 4 minggu sampailah seminggu sebelum raya. Tapi apakan daya, dengan berbekalkan modal yang seciput dan tulang 4 kerat yang tinggal urat ni, terpaksalah kami buat adjustment kepada original plan.

So, entry kali ni, aku cuba untuk nukilkan segala pengalaman yang aku dapat sepanjang hampir 3 minggu (9 Jun 2015- 5 Julai 2015) mengembara. Orang kata, jauh berjalan luas pandangan.

Day 1 (9 Jun 2015) :
Kami memulakan perjalanan dari rumah parents Faiz di Seksyen 18, Shah Alam. Mode of transport kami is Coralla Altis transmisi auto berwarna kelabu asap kebiru-biruan gitu kepunyaan bapak Faiz.

Faiz lah yang bawak kereta sebab aku tak reti bawak kereta auto sampai ke Selayang untuk angkut sorang lagi member, Rahman. Lepas singgah makan kat rumah dia ni, kami tertiga pun bertolaklah dari Selayang melalui Lebuhraya Karak dengan berbekalkan bacaan Doa Memulakan Perjalanan.

Destinasi pertama kami, Genting Highland. Cukup cerun bukit yang perlu didaki untuk sampai ke tempat tu. At certain height, kita akan diselubungi dengan kabus yang sudah tentu akan membataskan penglihatan, justeru posisi pemandu bertukar tangan kepada Rahman yang lebih mahir dengan pemanduan berbukit. 

Setelah beberapa siri drag and drive ala-ala Initial D, kami tiba di sebuah private school untuk bertemu dengan adik Rahman. Berehat seketika di kedai mamak, kemudian kami bergerak menuju Ladang Strawberi. Malas memetik buah, kami terus membeli sepaket strawberi yang telah siap dipetik untuk dijadikan alas perut di dalam kereta nanti.

Hari kian petang, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Genting Highland dan meluncur laju turun bukit. Aku yang berada di seat belakang jadi mual dan pening-pening lalat. Si Faiz dan Rahman sibuk berdebat dalam kereta dengan usul "Instagram: Hanya Untuk Bermegah". Aku kurang pasti siapa yang muncul juara sebab awal-awal lagi aku dah pass out kat belakang.

Siang melabuhkan tirainya, malam menyapa malu. Kami berada dalam perjalanan ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur dan kami keluar di exit Ajil. Time tu LPT tak dibuka sepenuhnya lagi, jadi separuh perjalanan kami tidak dicas tol. Melalui jalan kampung yang gelap tidak berlampu, sepenuh perhatian ditumpukan kepada pemanduan berhemah. Faiz selaku co-driver asyik berbual dengan Rahman untuk mengelakkan rasa ngantuk. Kira-kira 10km sebelum tiba ke checkpoint, kami berhenti berehat di sebuah kedai makan tomyam tepi jalan. Sebenarnya mereka berdua tu tengah craving nak makan cendawan goreng tapi kat manalah nak dapat benda alah malam-malam buta.

Dalam pukul 1 pagi, kami tiba di Jeti Kuala Besut yang senyap sunyi kerana penghuninya sedang lena diulik mimpi. Kami pun mula mencari port untuk bermalam merehatkan badan dan minda di masjid berhampiran. Nak dijadikan cerita, aku try cas henpon dekat masjid tu, namun malang tak berbau, litar pintas menyebabkan pengecasku hangus dan rosak. Cantik, henpon dah habis bateri.
Serahkan jelah pada nasib.

Aku cuba melelapkan mata namun kehadiran ketumbukan tentera nyamuk nyata menganggu gugat ketenteraman awam. Bedal jelah. Cukup sampai di sini tulisan kali ni, nantikan entry seterusnya untuk mengetahui apa yang terjadi pada episod yang akan datang.

Bersambung...

Rabu, 6 Jun 2012

Perniagaan Pintu Rezeki

KENAPA PERLU BERNIAGA??


Assalamualaikum semua,,,
Setelah lama tidak menulis, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali ke blog ini. Almaklumlah, semenjak laptop yang menjadi kesayangan dan dambaan aku lesap dikebas orang, semangat aku turut pergi bersama. Tapi tidak mengapa, yang lepas biarkan berlalu kerana esok sedia menanti. Cuma yangmembuatkan aku tidakmengerti, mengapalah perlu mencuri? Sedangkan banyak lagi cara yang halal untuk mencari rezeki.
Bukankah 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan?



Warga emas ramai yang kita lihat berniaga,
Orang muda mane??

Pada entry kali ini, aku mahu mengekpresikan betapa kita orang Melayu sewajarnya mengejar peluang dan ruang untuk membuat perniagaan yang halal dan sah. Aku mahu tunjukkan kenapa dengan mencuri ataupun bekerja makan gaji seumur hidup pun tak mampu jadi kaya ( ataupun sekurang-kurangnya selesa)


                9/10 + 1/10 = 10/10

Faham tak apa maksud disebalik persamaan matematik di atas?  Ianya menunjukkan berapa banyak setiap ruang rezeki menyumbang kepada manusia. 9/10 mewakili sektor perniagaan manakala 1/10 pula mewakili lain-lain sektor termasuk makan gaji, mencuri, dan berjudi. Yang menjadi suatu keanehan ramai manusia zaman sekarang mengejar yang 1/10 dan tinggalkan 9/10. Tiap-tiap hari menghadap bos, kerja, balik petang (kadang-kadang balik malam sebab overtime), dapat duit habis nak bayar HUTANG. Inilah yang menjadi punca kenapa ramai orang Melayu tak kaya dan bagi orang Cina sebaliknya pula. Ini jugalah yang menjadi punca kenapa 1% sahaja penduduk dunia yang kaya-raya. Mereka melakukan perkara yang berbeza dari orang lain, tatkala orang melakukan rutin yang sama tiap-tiap hari, kerja dapat gaji habis bayar hutang, mereka mengejar peluang dan mencipta ruang perniagaan yang mana ramai orang terlepas pandang.

Banyak sangat alasan yang diberi untuk tidak memulakan perniagaan. Berikut adalah contoh-contoh alasan biasa.

1. Saya tidak mempunyai idea atau saya terlalu banyak idea sehingga tidak tahu di mana nak mulakan
Idea semata-mata hanyalah sampah. Idea perlu disusuli dengan kajian dan kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada tindakan.
Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea.
Jika anda mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.
2. Saya tidak mempunyai masa
Siapa yang mempunyai masa ? Anda boleh menghabiskan masa untuk berborak kosong, menonton tv dan tidur berjam-jam, tetapi anehnya anda tidak mempunyai masa untuk meningkatkan pendapatan anda.
Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan anda, anak anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong, menonton TV dan tidur berjam-jam lebih penting berbanding kehidupan anak anda ?
Pernah tak anda habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? ini membuktikan anda sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya anda berusaha atau terdesak.
3. Saya perlu betul-betul bersedia sebelum memulakan bisnes
Ramai orang yang bercakap sebegini tidak akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir hayatnya. Anda tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika anda mulakan selepas mempunyai PHD, anda akan menyesal.
4. Saya tak nak membuang masa dengan sesuatu yang akan gagal, saya hanya nak teruskan idea yang benar-benar terbukti berjaya ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya jika anda tidak mencuba ? Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Anda perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi anda tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul-betul berjaya atau tidak.
Ingat, orang yang berjaya mencari jalan, orang yang gagal mencari alasan. Anda boleh menipu orang lain tapi sedar tak sedar anda sebenarnya menipu DIRI SENDIRI.




Mari berniaga Bazaar Ramadan!!

Menjelang Ramadan Al-Mubarak ini, aku mahu menyeru rakan-rakan ambillah peluang yang datang dan jangan biarkan ia berlalu pergi.


"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba ...datang tidak menentu masa.... datang di saat kita kesempitan atau kesusahan....



Nilailah peluang itu dengan bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang itu!!! "   

-HAMKA-
Setakat ini sahaja entry kali ini. Harap-harap aku diberikan masa dan peluang pada masa yang akan datang untuk terus mencoret di ruangan ini. Sekian, terima kasih