Rabu, 6 Jun 2012

Perniagaan Pintu Rezeki

KENAPA PERLU BERNIAGA??


Assalamualaikum semua,,,
Setelah lama tidak menulis, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali ke blog ini. Almaklumlah, semenjak laptop yang menjadi kesayangan dan dambaan aku lesap dikebas orang, semangat aku turut pergi bersama. Tapi tidak mengapa, yang lepas biarkan berlalu kerana esok sedia menanti. Cuma yangmembuatkan aku tidakmengerti, mengapalah perlu mencuri? Sedangkan banyak lagi cara yang halal untuk mencari rezeki.
Bukankah 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan?



Warga emas ramai yang kita lihat berniaga,
Orang muda mane??

Pada entry kali ini, aku mahu mengekpresikan betapa kita orang Melayu sewajarnya mengejar peluang dan ruang untuk membuat perniagaan yang halal dan sah. Aku mahu tunjukkan kenapa dengan mencuri ataupun bekerja makan gaji seumur hidup pun tak mampu jadi kaya ( ataupun sekurang-kurangnya selesa)


                9/10 + 1/10 = 10/10

Faham tak apa maksud disebalik persamaan matematik di atas?  Ianya menunjukkan berapa banyak setiap ruang rezeki menyumbang kepada manusia. 9/10 mewakili sektor perniagaan manakala 1/10 pula mewakili lain-lain sektor termasuk makan gaji, mencuri, dan berjudi. Yang menjadi suatu keanehan ramai manusia zaman sekarang mengejar yang 1/10 dan tinggalkan 9/10. Tiap-tiap hari menghadap bos, kerja, balik petang (kadang-kadang balik malam sebab overtime), dapat duit habis nak bayar HUTANG. Inilah yang menjadi punca kenapa ramai orang Melayu tak kaya dan bagi orang Cina sebaliknya pula. Ini jugalah yang menjadi punca kenapa 1% sahaja penduduk dunia yang kaya-raya. Mereka melakukan perkara yang berbeza dari orang lain, tatkala orang melakukan rutin yang sama tiap-tiap hari, kerja dapat gaji habis bayar hutang, mereka mengejar peluang dan mencipta ruang perniagaan yang mana ramai orang terlepas pandang.

Banyak sangat alasan yang diberi untuk tidak memulakan perniagaan. Berikut adalah contoh-contoh alasan biasa.

1. Saya tidak mempunyai idea atau saya terlalu banyak idea sehingga tidak tahu di mana nak mulakan
Idea semata-mata hanyalah sampah. Idea perlu disusuli dengan kajian dan kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada tindakan.
Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea.
Jika anda mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.
2. Saya tidak mempunyai masa
Siapa yang mempunyai masa ? Anda boleh menghabiskan masa untuk berborak kosong, menonton tv dan tidur berjam-jam, tetapi anehnya anda tidak mempunyai masa untuk meningkatkan pendapatan anda.
Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan anda, anak anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong, menonton TV dan tidur berjam-jam lebih penting berbanding kehidupan anak anda ?
Pernah tak anda habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? ini membuktikan anda sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya anda berusaha atau terdesak.
3. Saya perlu betul-betul bersedia sebelum memulakan bisnes
Ramai orang yang bercakap sebegini tidak akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir hayatnya. Anda tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika anda mulakan selepas mempunyai PHD, anda akan menyesal.
4. Saya tak nak membuang masa dengan sesuatu yang akan gagal, saya hanya nak teruskan idea yang benar-benar terbukti berjaya ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya jika anda tidak mencuba ? Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Anda perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi anda tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul-betul berjaya atau tidak.
Ingat, orang yang berjaya mencari jalan, orang yang gagal mencari alasan. Anda boleh menipu orang lain tapi sedar tak sedar anda sebenarnya menipu DIRI SENDIRI.




Mari berniaga Bazaar Ramadan!!

Menjelang Ramadan Al-Mubarak ini, aku mahu menyeru rakan-rakan ambillah peluang yang datang dan jangan biarkan ia berlalu pergi.


"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba ...datang tidak menentu masa.... datang di saat kita kesempitan atau kesusahan....



Nilailah peluang itu dengan bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang itu!!! "   

-HAMKA-
Setakat ini sahaja entry kali ini. Harap-harap aku diberikan masa dan peluang pada masa yang akan datang untuk terus mencoret di ruangan ini. Sekian, terima kasih